Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia. Morning, Afternoon, Evening & Night!
(Ikut kesesuaian waktu semasa anda membacanya)
Salam perkenalan. Saya MOHD ARMI BIN RUSLI merupakan admin FANPAGE : Malaysian Sign Language - Bahasa Isyarat Malaysia. Saya merupakan seorang freelancer, dan bekerja bebas mengikut masa yang ditentukan sendiri semenjak tahun 2013. Maka, memandangkan saya mempunyai banyak masa terluang, saya telah membuat inisiatif mengajar Bahasa Isyarat persendirian dengan konsep dari rumah ke rumah.
Sehingga kini, alhamdulillah. Saya telah mempunyai hampir 150 orang pelajar persendirian (sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dan juga ONLINE- sebab kelas saya terhad di kedua-dua tempat ini sahaja) dari pelbagai bidang yang telah mengikuti pembelajaran lengkap ke semua sesi yang ada. Kelas Persendirian ini ada sedikit yurannya di kenakan kerana melibatkan banyak komitmen yang memerlukan saya ke tempat anda tentukan di mana mahu belajar. Buat masa ini, mampu menerima pelajar sekitar Lembah Klang sahaja - Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Dan beribu-ribu lagi pelajar yang mengikuti kursus pendek Bahasa Isyarat yang di buat oleh pihak yang berminat yang saya dijemput khas seperti UNITEN, UiTM, UIAM, PETRONAS, GEOMATIKA COLLEGE, UNIVERSITI MALAYA, ST. JOHN AMBULANS, PIHAK SEKOLAH, PERPUSTAKAAN, PERSATUAN PENDUDUK, PERSATUAN-PERSATUAN KEBAJIKAN DAN OKU, dan sebagainya. Serta kelas #SIGNON yang kami adakan setiap bulan untuk orang awam. Ini adalah PERCUMA! (Sila klik menu : KELAS PERCUMA! & #SIGNON untuk maklumat lanjut).
Sedikit latar belakang mengenai diri saya.
1) Merupakan OKU Pendengaran. Kurang pendengaran di kedua-dua belah, tetapi boleh mendengar dengan bantuan alat pendengaran. Memakai alat pendengaran di telinga sebelah kanan sahaja. Telinga kiri tidak. Mungkin dah terbiasa. Tiada masalah bagi saya. Tapi, jika saya tidak memakai alat pendengaran, saya di kira Pekak, 100% tak boleh dengar pun. Sunyi dunia. Hihi.
2) Mendapat pendidikan awal di sekolah biasa. Secara tidak langsung saya boleh BERCAKAP. Ibubapa hantar ke sekolah biasa, aliran perdana mungkin kekurangan info adanya sekolah Khas untuk orang bermasalah pendengaran pada waktu itu. Walaubagaimanapun, alhamdulillah! Mungkin saya tak boleh cakap kalau TERHANTAR ke sekolah khas dulu. Yelah, selesa pakai Bahasa Isyarat, mana mungkin ada KEBERANIAN nak guna suara, kan?. Tindakan ibubapa ini buat saya sangat bersyukur. Alhamdulillah.
3) Bekas pelajar USM, ambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Organisasi), 2003 - 2007. Semasa masuk USM baru pakai alat pendengaran! Masa kecil, sekolah tadika, pasti, sekolah rendah hinggalah tingkatan 6 di sekolah biasa saya tidak memakai alat pendengaran . Mungkin di sebabkan malu. Alat pendengaran pun boleh tahan mahalnya. Bukan ratus-ratus. Ianya 4 angka. Satu set (sepasang kiri kanan) pun ada yang mencecah RM 9,000 sekarang! Mak aih, Mahalnya! Tak caya, tanya syarikat yang jual alat pendengaran. Google pun boleh. Hihi.
4) Mula bekerja dengan NGO, Malaysian Federation of the Deaf (MFD) di Puchong Selangor pada tahun 2010. Masa inilah saya mempelajari Bahasa Isyarat dan menambahkan lagi kefahaman saya berkenaan budaya orang Pekak. Jawatan terakhir saya di sini ialah Penyelaras Kursus Bahasa Isyarat. Pada tahun 2013, saya letak jawatan dan bawa haluan sendiri. Mencuba sesuatu yang baru sebelum menubuhkan syarikat sendiri, Esplora Solution. Kini alhamdulillah, dah masuk 8 tahun bekerja sendiri.
5) Sebelum kerja dengan NGO terbabit, saya terlebih dahulu mengenali orang Pekak melalui Allahyarhamah Saadiah Ahmad (al-fatihah), selaku pengetua Sekolah Kanak-Kanak Pekak Selangor pada tahun 2000 lagi, semasa SPM. Perkenalan kami secara tidak langsung melalui pembacaan berkenaan artikel beliau di surat khabar tempatan. Mengerakkan hati saya untuk hantar surat kepada beliau. Waktu itu BARU TAHU ADA ORANG PEKAK, ADA BAHASA ISYARAT! Melalui beliaulah saya mengenali orang Pekak dan membawa kepada saya mengenali NGO Pekak di Malaysia iaitu MFD, dan persatuan-persatuan mereka di seluruh negeri. Terima kasih Cikgu!
Sekian sedikit sebanyak berkenaan latarbelakang saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana meluangkan masa membacanya.